fbpx
Skip to content

Apa itu Domain?

Domain dengan kata yang mudah faham adalah url utama website kita. Sebagai contoh, www.zulhusnisalha.com ini adalah nama domain saya.

Domain ni juga boleh diibaratkan macam alamat rumah kita.

Apa Itu Hosting?

Hosting pula boleh diibaratkan seperti rumah. Di dalam rumah ada bermacam-macam perabot dan semua barang-barang kita disimpan di dalam rumah. Begitu juga dengan hosting. Ia adalah tempat di mana semua fail, maklumat dan database disimpan.

Ia adalah tapak kepada laman web anda dimana di sinilah laman web anda akan ditempatkan. Ingat, untuk ada alamat kena ada rumah. Jadi untuk ada sebuah laman web, anda perlu ada hosting sekali. Maka kedua-duanya saling berkait rapat.

Saya harap anda sudah faham pengertian domain dan hosting selepas penerangan ringkas dari saya.

 

Sumber: eezwanmanaf.com